Wednesday, June 29, 2011

Batu Terapung Yang Sebenar Di Palestin


ASSALAMUALIKUM...
Apa habaq semua. ni saya ada nak bagi tau tengtang batu terapung yang ada kat Palestin tu. Batu ni terapung masa peristiwa Isra’ Mikraj. saya ada baca blog me.aiMida.her dia ada tulis pasai batu ni. ni saya ada jumpa satu penulisan tentang kebenaran batu ni. Baca na jangan tengok gambaq ja.hehehe
"Setiap kali menjelang kalendar Rejab sempena kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj, pasti gambar-gambar ini disebarkan ke serata dunia maya dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya..
Berikut adalah gambar-gambar palsu yang  kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung  seperti yang tercatat dalam peristiwa Israk Mikraj, tersebar meluas di dalam internet. Dan juga.. Ia diguna pakai dalam khutbah multimedia di masjid-masjid di KL..!
Gambar PALSU 1
Batu Terapung PALSU 1Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestine ini terus disebarkan dan amat kurang bagi mereka yang bertanya akan kesahihannya. (He-eh..? Kan terapung tu ustaz..? )
Gambar PALSU 2
Batu Terapung PALSU 2Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak..?
Gambar PALSU 3
Batu Terapung PALSU 3Juga satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas..? Belum..?
Gambar PALSU 4
Batu Terapung PALSU 4Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Haa.. Jelas..?
Gambar PALSU 5
Batu Terapung PALSU 5Tadaa.. ‘Breaking The Magician Code: The Magic Secret Reavealed’. Teknik murahan rupanya.. GunaPhotoshop..
Jadi.. Mana yang  ASLInya..?
___________________________ …
Berikut yang penulis sertakan adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..
Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj
Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj
Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.
SOALAN:
Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD
JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din:
Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.
Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.
“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”
“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”
“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”
Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.

Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din
Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.
Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.
Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung
Satu lagi gambar asli dan sahih Batu Terapung. Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung
Meneliti Batu Terapung
Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.
Keadaan Berubah
Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.
Kegerunan Hati Manusia
Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.
Batu Terapung Isra' Mikraj -Dari Atas-Gambar simpanan lama Batu Terapung dari sudut atas.
Mengapa Berubah..?
Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.
Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.:"

Sunday, June 26, 2011

Maharaja Lawak Minggu 13 Akhir


ASSALAMUALAIKUM

Ha kawan2 ni dia link tuk hampa downdload ML maaf lambat sikit na.. k selamat menonton.

part 1
part 2
part 3

Thursday, June 23, 2011

Naruto Shippuden 217


Hotfile
naruto shippuden 217

UpLoad
naruto shippuden 217

Bitshare
naruto shippuden 217

Suara Rakyat Malaysia Yang Menyokong Hackers


ASSALAMUALAIKUM
Apa habaq semua. kali ni saya ada nak tunjukkan  ada 1 web ni yang menyokong gila hacker ni, berani dia bagi komen, tapi best bro.. k hampa baca no apa yang web ni tulis. saya copy sebijik dari web dia, malas nak buat ayat sendiri....



Hackers: A New Malaysian Hero

June 17, 2011

Oleh: MSK
Aku hampir give-up. Dengan kepimpinan yang bangang dan sentiasa ditipu oleh SPR. Sentiasa dipermainkan oleh polis dan FRU. Yang sentiasa dibuli oleh Barisan Nasional….sapa yang boleh diharapkan?Aku tak harap dengan pemimpin politik untuk mengubah politik Malaysia.
Beberapa jam sebelum kejatuhan Pakatan Rakyat Perak, aku diberitahu bahawa Sultan tak ada hak untuk menyingkir Menteri Besar. Sultan kena ikut Undang-undang tubuh Kerajaan Perak. Aku pun beli Undang-undang tubuh Kerajaan Perak tapi kerajaan Pakatan Rakyat jatuh juga. Mampuih pi la dengan Undang-Undang Tubuh.
Selepas itu aku diyakinkan dengan Sidang DUN. Speaker tidak boleh disingkirkan tanpa undi majoriti. Tapi akhirnya Speaker diheret macam …aku tak tau…binatang pun orang tak heret macam tu.
Come on Brader. This is Malaysia!!
Kalau pilihanraya boleh mengubah kerajaan, sudah lama kerajaan pilihanraya itu diharamkan
. Kalau undang-undang boleh menjatuhkan kerajaan, undang-undang itu sudah pasti dipinda.
Kalau hakim boleh mengatakan Bn bersalah, sudah pasti hakim itu ditukarkan.
Kalau BN boleh dijatuhkan………ooopppss ……….yang ni boleh.
Dalam satu diskusi dengan pelajar-pelajar UPM beberapa bulan lalu, aku ditanya oleh seorang Pensyarah. Apakah perubahan politik akan berlaku di Malaysia?
Aku jawab .."Ya"
Apakah perubahan itu akan diterajui oleh Anwar Ibrahim?
Aku jawab "Tidak"
Siapa?
Aku jawab…."Ni…budak-budak yang dikategorikan sebagai Gen-Y. Depa tak ada nama besar, bukan pemimpin politik tetapi aktivis kebebasan.".
Masa tu aku tak boleh nak terangkan secara detail apakah peranan yang akan dilakukan oleh Gen-Y yang mampu merubah politik negara. Tapi hari ini cukup jelas.
Pemimpin-pemimpin pembangkang yang ada hari ini terdiri dari Gen Boomers dan mereka telah gagal. Anwar gagal melakukan perubahan dari dalam tong taik sehingga dia sendiri di campak keluar. haji Hadi dan Kit Siang juga gagal merubah senario politik walaupun sudah hampir tarikh luput.
Gen X juga mencuba untuk merubah senario politik dengan reformasi dan demonstrasi. Sejak 1974 hingga 2011, demonstrasi gagal melakukan perubahan secara total.
2011 adalah era Gen-Y. Gen-Y mampu melakukan apa yang generasi sebelumnya gagal. Jangan terkejut dan jangan pandang rendah kemampuan Gen Y yang baru hendak belajar mengambil lesen kereta. Mereka mempunyai kemampuan yang masih belum diiktiraf.
Apakah dengan berpuluh sidang media Azmin mendesak SPR telus dan adil akan berjaya? Kalau berjaya…BN akan bungkus. Jadi jangan harap Azmin akan berjaya dengan sidang media.
Dulu kita desak supaya Pengerusi SPR ditukar, tapi apakah Pengerusi yang baru lebih baik? Lebih teruk.
Jangan buang masa dengan Azmin ataupun melayan kerenah SPR. hangpa suruh budak berumur 19 tahun pi hack database SPR. Lepas tu publishkan semua maklumat pengundi dan biar semua orang tengok. Semua orang dapat tengok data yang sama. Tak perlu bising, tak perlu sidang media. Budak 19 tahun yang tidak dikenali mampu mengubah SPR tanpa sidang media atau demonstrasi.
Hangpa cakap pung-pang mendesak SPR, mengutuk SPR tapi apa hasil pun tak dapat. Budak umur 19 tahun buat diam-diam…dapat hasil.
Apakah dengan kembalinya Anwar keParlimen dan berhujah empat jam akan dapat mengubah pendirian kerajaan untuk mendedahkan perjanjian tol? Aku tak percaya perkara itu akan berlaku…walaupun Anwar bercakap sepuluh jam. tapi panggil budak 19 tahun, suruh dia hack komputer kerajaan…kemudian publish dalam website.Budak umur 19 tahun yang tidak dikenali mampu melakukan apa yang Anwar gagal melakukannya.
Demo BERSIH nanti sudah pasti akan dihadiri oleh Gen-X. Gen-Y duduk rumah main playstation ataupun update Facebook.
Apakah demo nanti mampu merubah pilihanraya yang lebih adil? No. Aku tak percaya. Bila kepala kena cekup, ekor lari berterbangan. Tengok demo Hindraf. Bila pemimpin ditangkap. organisasi berpecah. Orang India macam tu juga.
Tapi Gen-Y mampu mencapai hasil yang diidamkan melalui demo ini…hanya dengan melakukannya dari bilik tidur masing-masing. Just hack the government!! Tak perlu bertempur dengan FRU. tak perlu bertempur dengan polis….tapi mereka mampu menumbangkan kerajaan.
Adakah mereka penjenayah? Sebelum hangpa bagi kat depa macam-macam label…faham betul-betul.
Ada perbezaan diantara Hackers dengan Crackers.
Hackers adalah mereka yang bertanggung jawab dan beretika. Mereka mahukan sesuatu yang lebih baik…bukan menghancurkan atau mengambil kesempatan.
Laman-laman web kerajaan digodam…untuk memberi peringatan kepada kerajaan supaya jangan rasuah. Laman web free pun depa charge RM1.8 juta. Laman web 1pengguna.com yang berharga RM1.4 juta juga begitu mudah digodam. Pasai apa? Sebab rasuah.
Laman web 1pengguna.com yang sepatutnya bernilai RM140.00 macam Malaysiatimes.my…tapi depa claim RM1.4 juta.
Hackers memberi amaran sebelum digodam. Kalau tak berubah…depa yang akan ubah. And they can do it!!!
Hackers dikenali sebagai mereka yang membina sesuatu, menyelesaikan masalah dan tidak memusnahkan kod atau sistem. Mereka menggunakan kemahiran mereka dengan tujuan baik. Cuma kebanyakan orang memberikan persepsi negatif terhadap hackers. Malah, hackers jauh lebih bermoral dari ahli politik. Depa tak tipu orang, tak ambil duit orang.
Crackers adalah mereka yang menceroboh dengan niat yang tidak baik. Nak mencuri data ataupun nak mencuri duit.
Dengan lain perkataan…"Hackers build things, crackers break them."
Apa yang berlaku kepada laman-laman web kerajaan sehari dua ini adalah amaran supaya kerajaan berubah. Kalau kerajaan tidak berubah, aku percaya juga, bahawa hackers ini akan mampu mengubah kerajaan.
Mula-mula aku ingat hackers yang menggodam laman web kerajaan Malayisa ini orang luar negeri…but hey!!! Mereka adalah anak-anak kita!!!
Yahoo….they’re a new Malaysian hero.
SUMBER:

Wednesday, June 15, 2011

Sukan Baru Di India

Cara Nak Open Balik Website Yang di Block oleh Streamyx

ASSALAMUALAIKUM


Walaupun kerajaan block habis access ke web video dan file shared, tapi kita masih boleh mengakses dengan menggunakan kaedah menukar DNS server. 
Caranya seperti kat bawah ni




DNS sever ni boleh ambik kat http://cyb3r4rmy.blogspot.com/2011/06/google-dns-domain-name-system.html
tak pun tengok kat sini http://jomphp.com/menukar-dns-yang-lebih-baik-dan-laju-di-komputer-anda.html


Sumber:
http://mydragonforce.wordpress.com/(aku dah mula sokong geng ni)

Tuesday, June 14, 2011

Laman Web Malaysia Yang Dah Kena Hack

ASSALAMUALAIKUM

Ha tudia dah kena dah. ni ada beberapa laman web yang kena dan dah kena tapi ok jugak yang ok balik dah.
Nanti saya tambah lagi na. Lawak pulak tengok.hahahahahaha


http://tourmalaysia.com.my/(yang ni jap kena jap x kena)
http://penang.uitm.edu.my/(dah ok balik)
http://pastehtml.com/view/ax3mejiup.html
http://jbiotech.gov.my/admin/
http://ezi2care.jkm.gov.my/
CIDB (ok balik)
Land Public Transport Commision (ok balik)



Sumber:
Facebook Ikram
YES

Anonymous bakal melancarkan Operation Pada Laman Web Malaysia



ASSALAMUALAIKUM

Apa habaq semua. lama saya tak bercerita kan. Ni saya nak cita pasai ada kumpulan Anonymous atau pun geng hack terpower kat dunia ni nak lancarkan serangan siber(hacking) kat laman web kerajaan malaysia.(dengaq kata 15 Jun 2011 ni)

Ha tudia aihh. Habis dah kerajaan Malaysia. Tapi pasai pa depa nak hack no.
Dengaq kata ada satu pertubuhan ni nama dia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) nak hack abis laman web  seperti
10 laman file hosting yang dihalang akses ialah:
  1. http://www.warez-bb.org/
  2. http://thepiratebay.org/
  3. http://www.movie2k.to/
  4. http://megavideo.com/
  5. http://www.putlocker.com/
  6. http://www.depositfiles.com/
  7. http://www.duckload.com/
  8. http://fileserve.com/
  9. http://www.filestube.com/
  10. http://www.megaupload.com/


Oleh hal demikian, ini mendatangkan marah pada geng hacker Malaysia ni. Mau tak marah bukan depa ja nak guna tapi ramai lagi pengguna rakyat Malaysia ni nak guna contoh nak mendownload ka. Betoi dak?

Tapi saya tak la sokong 100% depa ni nak hack habis laman web Malaysia ni. Nanti jadi susah kat semua pulak.(sokong jugak la) Apa-apa pun saya harap kedua-dua pihak dapat menyelesaikan masalah ni dengan baik.Tak yah kot nak block ka hack ka, sebab kita ni pengguna ada hak asasi manusia. Kalau dua-dua nak buat jugak tu pi block laman web lucah ka, pi hack web lucah luaq negara ka. baru baguih semua untung.

K la malas nak cita panjang. apa-apa pun saya berharap semua menjadi dalam keadaan yang baik.

ASSALAMUALAIKUM




Friday, June 10, 2011

Maharaja Lawak Minggu 11 (Kuantan)



Assalamualaikum


hai kawan-kawan. ni ada link untuk hampa download ML Minggu 11 ni.. best gila woooo. macam nak pecah perut aku.. k apa2 pun hampa layan la...


assalamualaikum


Hotfile
http://adf.ly/1lILY


Mediafire
part 1
http://adf.ly/1lILc
part 2
http://adf.ly/1lILd



Monday, June 6, 2011

Nora Elena (Koleksi Episod) update episod 24(last)





ASSALAMULAIKUM


APa habaq semua,
Ha ni saya nak bagi link untuk hampa semua download cerita Nora Elena ni.
BaGI sapa yang minat silakan la download ya. Syok kot cita ni terutama bagi orang perempuan.. k layan.>.....


Cara nak download dia hampa kena klik link episod saya buh pas tu tunggu 5 saat dia akan naik gambaq ni 
 
pas tu hampa klik gambaq tu nanti akan keluaq mediafire baru boleh download. dah siap download hampa kena ada winrar untuk bukak dia. ok na :-)


Nora Elena Episod 1 - Mediafire.com


Nora Elena Episod 2 - Mediafire.com


Nora Elena Episod 3 - Mediafire.com


Nora Elena Episod 4 - Mediafire.com


Nora Elena Episod 5 - Mediafire.com


Nora Elena Episod 6 - Mediafire.com


Nora Elena Episod 7 - Mediafire.com


Nora Elena Episod 8 - Mediafire.com


Nora Elena Episod 9 - Mediafire.com


Nora Elena Episod 10 - Mediafire.com


Nora Elena Episod 11 - Mediafire.com


Nora Elena Episod 12 - Mediafire.com


Nora Elena Episod 13 - Mediafire.com


Nora Elena Episod 14 - Mediafire.com


Nora Elena Episod 15 - Mediafire.com


Nora Elena Episod 16 - Mediafire.com


Nora Elena Episod 17- Mediafire.com


Nora Elena Episod 18 - Mediafire.com


Nora Elena Episod 19 - Mediafire.com


Nora Elena Episod 20 - Mediafire.com

Nora Elena Episod 21 - Mediafire.com


Nora Elena Episod 22 - Mediafire.com


Nora Elena Episod 23 - Mediafire.com


Nora Elena Episod 24 - Mediafire.com

Episod 24 file mkv(cantik sikit)
part 1
part 2


Dah abis dah cita ni.maaf kualiti episod last tu kurang skit sebab web yang saya selalu ambik link dia ni kena hack. yang cantik sikit tu file dia besaq sikit.


k SELAMAT MENONTON


ASSALAMULAIKUM

Saturday, June 4, 2011

Maharaja Lawak Minggu 10 Full

ASSALAMUALAIKUM

Apa habaq semua orang penang, aaaaa? sihat ka? aaaaaa? hehehe
macam ni la ayat dalam maharaja lawak minggu ni. bagi sapa yang nak download silakan la ya.

maharaja lawak minggu 10 (Stadium PISA Pulau Pinang)
http://www.duckload.com/dl/A0op2

Friday, June 3, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 10 (youtube)


ASSALAMUALAIKUM

ni saya nak tunjuk video2 ML minggu 10 ni, sapa2 yang x dapat tengok live boleh la tengok macam saya ni.

Sembang-sembang Juri

JOZAN

NABIL

JAMBU

R2

SEPAH

PENYINGKIRAN