Friday, March 18, 2011

Supermoon, Perigee, Bulan Penuh, banyaknya orang dok cita pasai ni?




ASSALAMUALAIKUM.. apa habaq semua. bertemu kita lagi dalam rancangan mengumpat orang..hahaha saya melawak ja. ni ada cita yang menarik nak cita(menarik kot ?). la orang ramai sibuk dok cita pasai Supermoon ni.. blog Pictured Life Of Me (=    pun ada cita jugak. tengok la blog dia..(nanti bagi upah na :-) ).


Ok kawan2. dah semua nak tau sangat saya terang la sikit. saya pun try la cari bahan nak bagi tau ampa semua.. kelau silap maaf na.  malam ni (19 Mac 2011) akan berlaku Supermoon ni. Nak tau apa ceritanya?


che cite, che cite.. hahaha ayat antu kak limah..


 citanya begini,,,,,,,


pada suatu hari,burung2 pun berkicauan haritu. ada yang bergembira ada yang mengkaji bulan.. tiba2 keluaq la cita Supermoon ni.


Bulan malam ni akan berada pada kedudukan paling hampir dengan orbit, depa panggil  perigee. Di dalam setiap satu kitaran atau pusingan bulan mengelilingi Bumi, sebab orbit bulan bukan berbentuk bulat, tetapi elips, macam bujuq tu. oleh hal demikian akan ada ketikanya ia berada hampir dengan bumi (perigee) dan ada ketika ia berada jauh dari bumi (apogee). Jaraknya dengan bumi di sepanjang laluan orbitnya tidak sama.





agak2 hampa la no.. bapa jauh bulan dengan bumi malam ni?


kalau hampa nak tau malam ni, bulan akan berada pada jarak 357,000 km berbanding jarak purata dia 384 403 kilometer pada waktu waktu biasa.


jadi apa supermoon tu?


Supermoon adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi (perigee). Istilah ini tidak diterima secara meluas, terutama dalam komuniti saintifik.
Istilah supermoon ni tiba-tiba jadi popular sejak dua menjak ni. Ia sebenaqnya asal dari seorang ahli astrologi (ahli nujum pak belalang) Richard Nolle, yang meramalkan akan berlaku bencana pada 19 Mac ini sebab Bulan berada pada kedudukan amat hampir dengan bumi.

tapi dia ramal ja. kita nak percaya tu tak bapa nak boleh la.. kan, kan , kan..?

abis tu apa jadi kat bulan malam ni?


akan terjadinya bulan penuh malam ni. bulan masa tu akan kelihatan 15% lebih besaq daripada biasa. Dan bersinaq 30% lebih terang dari biasa. (betoi kot). OK la. Kalau hampa tak percaya,hamba  cuba ambik gambaq bulan  malam ni, guna lens 200-500mm.(kalau mampu la. apek kelas KS buleh kot) Kemudian sebulan pas tu, pada bulan penuh akan datang, ambik lagi sekali gambaq bulan penuh masa tu, dan buat perbandingan. saya  bukan cakap kosong, tetapi eksperimen yang amat mudah dan boleh dibuat oleh 
sesiapa pun. che try...saya tengok inernet ja.hehehe.
nak tengok orang dah tangkap gambaq macam tu ni ada web dia http://www.falak-online.net/komuniti/index.php/topic,907.0.html

bila jadi benda ni apa kesan kat bumi kita ni?

besanya  kita selalu mengalaminya setiap hari, iaitu pasang surut air laut. Cuma dalam kes-kes tertentu seperti ketika bulan dalam kedudukan perigee ni, air pasangnya lebih tinggi daripada besa (tapi tak  sampai la tahap bencana). tapi ada orang kata benda ni  diramalkan akan mengundang bermacam macam malapetakan dan bencana dibumi .Tetapi hanya Allah yang mnentukan segala galanya. Kita doakan semoga segalanya berjalan seperti biasa dan tak dak bencana meragut nyawa yang berlaku. Nauzubillah...

ha sampai sini ja kot.. nak cita lagi saya pun tak bapa nak paham dah ni.. sat orang kata ada bencana la sat kata tak ada apa2 la.. yang penting kita kena yakin setiap apa yang berlaku ni mesti ada hikmah yang Allah tentukan pada kita manusia kat bumi ni. k itu saja.. 

ASSALAMUALAIKUM..


Tuesday, March 15, 2011

KENDURI KENDARA KAKAK SAYA

ASSALAMUALAIKUM. apa habaq semua. sejak balik cuti di kampung ni teringat pulak kat kawan2 nun jauh di sana. depa dok buat apa tah?,, mesti cuti depa best. ha kawan2 ari ni saya nak cita pasai kak saya dah kawin..( untung la dah kawin),, lau saya cakap ayat cam ni kat kak saya dia nak belasah saya..hahaha. besa la orang kawin ni malu2 kucin. kenduri kat umah saya start ari sabtu aritu. saya ajak kawan2 mai depa ada keja pulak. jadi tak dak sorang la kawan saya mai.. sedih gak saya dok main dengan adik2 saya ja la.(dah besaq pun dok main dengan adik lagi)hahaha.


kenduri kat umah saya buat style ala kampung ja. besa la orang sederhana ni buat besa2 ja la. pagi kenduri tu penat gila saya.. besa la muka saya ni muka mesin nyok(kelapa) tah berapa ratus biji nyok saya mesin pagi tu. abis leguh tangan saya. tapi demi meringankan beban yang dipikul ayah saya, saya dengan ikhlasnya menolongnya tanpa meminta sebarang upah..hahaha(bajet budak baik la ni). lepas abis mesin nyok tu kena pi pasang bunga mangaq kat tepi jalan pulak.. ha hat ni susah sikit sebab kena pasang sekali dengan bendera Malaysia dan kain merah. pastu buat arah guna daun nyok tu. bagi sapa yang tau cara ni dia boleh tau ayah saya tu sapa.. lepas tu kena pasang baner kak saya tempah mana tah.penat gak tu. lepas abis buat keja tu apa g saya balik rumah tidoq sat la nak tunggu tengah hari pulak. tidoq punya tidoq nah dah pukui 12.15 dah. saya pun kalut p mandi.(pagi tu buat keja haram x mandi pun. hahaha) saya kena ganti abang saya tangkap gambaq kak saya. saya dah tak pandai guna DSLR.kawan saya Fendi, Syawal, Yani dengan Seha depa tau la depa ada benda itam tu. tapi saya main tangkap ja la sementara tunggu abang saya balik. pukui 2.45 mcam tu kot baru pengantin mai. depa lambat sebab kak saya mekap kat jitra sana tu. dia kata laki dia tu tempah kedai kat sana la.mengamuk abis family saya tunggu kak saya balik. ha tu saja cita kenduri kat umah saya..


ha ni kenduri kat umah laki dia pulak kat jitra nu.. dekat la dengan umah shikin dengan syed. saya ajak syed tapi guna fb la enset pulak rosak. nak ajak shikin saya tak berani sangat bukan kenduri belah umah saya.
p sana saya drive. jauh gak la nak p sana tu dekat sejam. sampai sana depa buat kenduri kat dewan. boleh la depa orang berada sikit. g pun depa dok taman ruang nak tak khemah tak dak. makan kat sana sedap la jugak. tapi kat umah saya sedap g sebab buat gotong-royong kampung. kat jitra ni guna katering. dah abis makan kat sana sesi tangkap gambaq la.. kak saya dok kat pelamin lawa tak sangga. besa la buat kat dewan. dah abis tu saya dengan keluarga saya pun balik la. tu ja cita saya ni..


saya tau dah sapa yang baca cita ni mesti tengok sepintas lalu ja. besa la cita saya tak best macam belog.b.u.d.a.k..k.e.c.i.kBlog Seluar TerbangDeaR AfiQPictured Life Of Me (=Tragedy aku~ AiShiTeRu ~.
depa dah pakar dah. saya baru ja nak menerai ni.. 
maaf no kalau cita saya ni bosan. saya sebenaqnya
 nak tunjuk gambaq ja ni.. sapa nak baca tu baca 
ya.hehehe.. tapi kenduri ni kurang best sikit la. dah 
teman sehidup semati saya tak boleh mai. nak call dia 
pun dia sebuk sikit. dia nak exam final. kawan2 tolong 
doa kat dia sama na. k itu saja ..




ASSALAMUALAIKUM. cheq p dulu no.



ni masa kenduri kat umah saya






ni waktu pas dia nikah


ha ni antara family saya


ni gambaq kat kilang gula. pengantin dok tangkap ganbaq adik dengan kak saya yang ni pun kalut jugak.


ni kenduri kat dewan Jitra


ni gambaq tok,mak,kak sulong  dengan adik saya , adik saya jadi pengapit pengantin. kak saya tu tak kawin lagi.hehehe



ha ni gambaq sapa pun tak tau. muka macam penah kenai ja. ibarat cucoq hangit di tepi pantai. sat2 kena tarik pastu kena tolak balik. sat2 tarik tolak balik..hahaha

Monday, March 7, 2011

Kilat Memancor

ASSALAMUALAIKUM. Apa habaq teman2 semua. sapa yang dok kat area Pantai Dalam ni dengaq dak bunyi dentuman kilat sebanyak 2 kali.. begegaq abih katil saya. punya la kuat.. yang pompuan mesti dah takut tak sangga dah kan.. hahahaha.. saya pun takut. cakap pasai kilat ni saya nak cita sikit la macam mana kilat ni jadi. saya cita ikut fakta sains ja la. tapi yang lebih hebat lagi tau hanya Allah, sebab Allah yang cipta kilat tu.. k saya cita na...


Apa Yang Menyebabkan Kilat Terjadi (‘What Causes Lightning?’)

Dalam keadaan ribut petir, terbentuk keadaan elektrik yang besar di dalam awan apabila cecair dan zarah – zarah ais mencapai keadaan beku dan berlanggar. Apabila keadaan ini sudah cukup besar, terjadinya percikan api yang besar antara mereka (elektrik statik) mengurangkan cas yang berasingan. Percikan kilat boleh berlaku antara awan – awan, antara awan dengan tanah atau antara awan denga udara.
(‘In thunderstorms, large fields of electricity are built up in the clouds when liquid and small ice particles reach freezing and collide. When these fields are large enough, a huge spark happens between them (static electricity) lessening the charge separation. A spark of lightning can happen between clouds, between the cloud and the ground or between a cloud and air.’)

Fakta Kilat (‘Lightning Facts’)

Kilat menyambar lebih kurang seratus kali per saat di permukaan Bumi yang mana lebih kurang tiga bilion kali setahun.
(‘Lightning strikes about one hundred times per second somewhere on the earth which is approximately three billion times per year.’)

Kilat boleh menyambar beberapa batu jauhnya dari keadaan ribut petir. Jika anda melihat wana tebal menghampiri, segera mencari perlindungan. Beberapa tip untuk keselamatan anda jika di luar pada ketika ribut kilat.
(‘Lightning can strike miles away from a thunderstorm. If you see dark heavy clouds in the distance find shelter. Here are some tips to keep you safe if you are outdoors during a lightning storm.’)

Jauh dari benda yang cenderung disambar oleh pancaran kilat :
(‘Get away from things that are prone to attract bolts of lightning’)
# Objek logam termasuk pagar, paip, landasan keretapi, kenderaan dan lain – lain (‘Metal objects (including fences, pipes, rails, vehicles etc.)’)
# Kawasan banyak air yang terbuka (‘Open bodies of water’)
# Kawasan yang ramai orang (‘Areas with large groups of people’)
# Pokok (‘Trees’)
# Tiang telefon (‘Telephone poles’)

Adalah satu idea yang tidak baik untuk berdiri di atas bukit atau pada titik paling tinggi dalam satu – satu kawasan. Cari tempat yang rendah seperti lembah atau jurang. Kilat akan menyambar pada titik yang paling tinggi, jadi pastikan anda tidak berada di tempat tersebut.
(’It's not a good idea to stand on a hill or at the highest point of an area. Seek the lowest area you can find such as a valley or a ravine. Lightning will hit the tallest point, so make sure you are not the tallest point.’)

Jika berada di kawasan lapang tanpa tempat berteduh apabila kilat sedang menghampiri, bongkok ke hadapan dan tangan di atas lutut. Jangan meniarap di atas tanah. Jika anda rasa rambut anda sedang menegak pada satu hujung, berhati – hati kerana ini adalah isyarat bahawa kilat akan menyambar anda.
(‘If you find yourself in an open field without shelter when a lightning storm approaches, get on your knees, bend forward and put your hands on your knees. Do not lie flat on the ground. If your hair feels like it is standing on end, be very cautious because this is a warning signal that lightning might be targeting you.’)

Apa perlu dilakukan jika seseorang cedera akibat sambaran kilat? (‘What do you do if there is a lightning injury?’)

Dapatkan bantuan kecemasan dengan mendail 9-9-9. Lakukan CPR jika mangsa tidak bernafas – menyentuh mangsa tidak akan menghasilkan kejutan elektrik. Beringat bahawa mangsa telah terbakar terutama sekali jika mereka memakai objek logam seperti, jam tangan, barang kemas atau kepala tali pinggang. Teman mangsa sehingga bantuan kecemasan tiba.
(‘If someone is struck by lightning, call 9-9-9. Touching the victim will not give you an electrical shock. Immediately administer CPR if there is no pulse or the victim is not breathing. Be aware that the victim may have been burned from the electrical strike especially if they were wearing any metal objects, such as watches, jewelery or buckles. Stay with the victim until trained emergency personnel has arrived.’)

Jenis – jenis Kilat (‘Types of Lightning’)

# Pancaran kilat yang kecil lebih kurang 30 ribu amp.
(‘Small bolts of lightning average about 30 thousand amps.’)

# Pancaran kilat yang ekstrim lebih kurang 300 ribu amp atau sehingga dua juta volt elektrik.
(‘Extreme lightning can be as much as 300 thousand amps or up to two million volts of electricity.’)

# Kilat bebola, yang mana jarang berlaku dan ia sebesar saiz bola keranjang yang dilihat seperti bentuk bebola terapung. Tidak berbahaya.
(‘Ball lightning, which is extremely rare and is the size of a basketball that looks like a floating sphere. Ball lightning is not known to be dangerous.’)

ha tu dia cita pasai kilat ni.. takutkan.. sapa kena dia akan lebih itam lagi dari saya.. saya macam cucoq hangit ja..hahaha., apa-apa pun kita perlulah bersyukur dengan segala ciptaan Allah bagi kat kita di dunia  ni.. mesti ada hikmahnya(bukan hikmah sora sedap tu) disebalik kejadian kilat ni. itu saja cita saya kali ni.. semoga mendapat sedikit ilmu.. saya tak sehebat afiq razak, seluar terbang, b.u.d.a.k..k.e.c.i.k,  Pictured Life Of Me (= dan yang len g. cita depa best.. malunya saya.. sapa la saya kan. muka pun gelap. blog pun gelap ja tak da orang nak tegok pun..hahahaha...(syok sbb x da org komen pn).. k roger..
ASSALAMUALAIKUM