Sunday, May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa

ASSALAMUALAIKUM


Apa habaq semua sihat ka.


Saya nak cita ni kepada sapa yang dah tau sama-kita sedekahkan Al-Fatihah kat depa no.. Sapa yang tak tau lagi lepas baca ni pun sedekah no.
Pada 21 Mei aritu berlakunya tanah runtuh dekat Rumah Anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang. Sungguh sayu tengok gambaq depa .


Seramai 6 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga 
daripadanya kritikal,  menurut laporan Bernama.


 Ni nama-nama depa yang telah kembali kepada-Nya:

1. Mohd Kamarul Amizan, 11

2. Nurahimi Rosdi, 14

3. Dzahir Haziq M. Muin, 11

4. Ahmad Lokman Hakim, 11

5. Farid Ibrahim, 34

6. Mohd Azrel Azahari, 8

7. Wan Ahmad Hasril Hazim, 19

8. Zahid Assawal Zamri, 19

9. Mohd Mustakim Mamat, 12

10. Mohd Naerzein M. Nor, 8

11. Mohd Aiman Abdullah, 10

12. Shahrul Nurimran Adnan, 9

13. Mohd Zaim Azahawi, 14

14. Mohd Imal Fahad, 9

15. Mohd Riezman Ab Latif, 9

16. Mohd Hazim Sapri, 10


Al-Fatihah.



Memang sedih la budak-budak anak yatim ditimpa kejadian macam ni. Apa pun ini ketentuan ALLAH. Ada hikmah disebalik kejadian ni. ALLAH lebih sayangkan depa. Kita juga kena la ambik pedoman dari peristiwa ni.. Ingat kembali dosa-dosa yang kita buat. Bertaubat dan selalu la mengingati ALLAH. Yang mana dok selalu tinggal solat, solat selalu balik. Mungkin ajal kita pulak lepas ni. Moga ALLAH memelihara dan meletakkan kita pada orang-orang yang beriman. Insyaallah. 


Ni saya letak gambaq2 kejadian kat bawah moga menjadi pedoman kat kita semua. Saya ambik kat blog DUNIA ITU .









Ni gambaq saya ambik dari facebook Mohd Khairul Ismail

yang peling sedih tengok budak kecik yang kat depan tu kan. 







Saturday, May 21, 2011

Gambar Comel Kawanku

ASSALAMUALAIKUM

Kawan-kawanku.
ni nak tunjuk gambaq kawan saya ni,
cantik dan comel kan, 
saya suka sangat bila tengok.
saya jumpa masa dok tengok gambaq-gambaq kat leptop.
mesti kawan saya suka tengok gambaq ni,
LAYAN... :-)




Jangan marah ya.hehehe


Semakan Kemasukan Politeknik/TEVT 2011





ASSALAMUALAIKUM


Ni saya nak bagi tau semakan kemasukan politeknik dah keluaq dah hari ni. sapa yang ada mintak boleh cek kat  http://upu.mohe.gov.my/ . Tapi buat masa la ni nak bukak tak boleh sebab ramai sangat yang dok cek..
Tapi hampa semua jangan risau hampa boleh cek dulu guna sms dengan cara:


UPU RESULT [NO. KP] dan SMS ke 15888
Contoh : UPU RESULT 930616076007

Bagi siapa yang dapat saya ucapkan taniah kepada anda. Semoga anda berjaya dan membanggakan ibubapa anda.

ASSALAMUALAIKUM

Friday, May 20, 2011

Semakan Rayuan UPU/IPTA 2011



ASSALAMUALAIKUM


Hampa semua dok buat apa tu, kepada kawan2 saya selamat berstudy.
Ni nak cita ni tadi adik saya suruh saya try semak rayuan upu dia. tengok dia tulis cam ni la.


"Keputusan rayuan UPU/IPTA akan diumumkan pada minggu ketiga Julai 2011 selepas pendaftaran pelajar baru di IPTA.
Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru di IPTA. Sekiranya tidak mendapat sebarang tawaran sehingga 31 Julai 2011, permohonan rayuan anda dianggap TIDAK BERJAYA."


Oleh hal demikian, sapa2 yang buat rayuan tu kena sabaq na, la ni susah nak masuk u sebab ramai sangat budak2 pandai dah,. 

Apa-apa pun saya doa moga sapa yang buat rayuan ni dapat masuk u no.. seronok sikit mak pak kita..hehehe


K saya pi dulu no...
ASSALAMUALAIKUM.

"Lamaran Ku Ditolak"

ASSALAMUALAIKUM.


Ha jangan angap lamaran saya pulak, bukan saya la ni ada sorang mamat ni nak lamar marka dia. tapi marka dia tolak. kesian kot punya la abis romantik mamat tu buat tapi marka dia belah macam tu ja, tu la pompuan zaman la ni laki punya la sungguh2 ikhlas kat depa tapi depa tak ikhlas pun kat laki. ha tengok la video ni, aku jumpa kat you tube. "no women no cry" hahaha che tengok che tengok.



Thursday, May 19, 2011

Harga Gula Naik Pulak Dah





ASSALAMUALAIKUM..


Apa khabaq semua, ni saya nak cita pasai harga gula naik pulak dah.
walaupun saya dah ketinggalan pasai ni saya nak bagi tau jugak.hehehehe.


Harga gula dah naik dari RM 2.10 ke RM 2.30. tu dia, Jadi harga naik sebanyak 2 kupang@rm 0.20. Tinggi jugak tu. Kesian la kat mak cik2 yang dok buat kuih raya ka cucoq ka.Depa dah la miskin nak cari duit kat mana. Tak kan depa nak jual cucoq sampai seringgit 1 kot, sapa pun tak mau beli.




Depa kata kerajaan naik sebab kerajaan nak jimat subsidi gula. Kerajaan boleh jimat sampai 116.6 juta. Patut la kerajaan nak jimat duit. Apa yang saya tau kerajaan dah naik harga gula sebanyak 4 kali dah tahun 2010 dulu. La naik pulak. Hampa boleh pikiaq dak sebab apa kerajaan naik banyak kali macam tu. Tak kan duit kerajaan dah habis kot. Duit yang lain pi mana.


Saya bukan nak salah kerajaan tapi saya rasa orang yang tak betoi dalam kerajaan tu. Betoi ka depa buat keja. Betoi ka duit di salurkan kat tempat yang sepatuatnya. Rasuah saya rasa banyak gila dah jadi kat tempat kerajaan ni. Geram jugak saya ni. Ya la depa senang lenang, rakyat kita tunggang langgang. 


Saya rasa pihak berkuasa pi la cek selalu tempat pengeluaran wang kerajaan tu. Saya rasa tak susah pun.  Baru la selamat duit kerajaan tu. Baru la duit negara kita ni dalam keadaan stabil. Tak payah dok naik harga benda2 lain dah. 


k la malas nak cita panjang nanti jadi kot lain pulak. Tak pasai2 saya di persalahkan pulak. hehehe
Apa2 pun pada pihak yang berkenaan pikiaq la.Selesaikan la masalah kat negara kita ni dengan bersungguh-sungguh.


ASSALAMUALAIKUM.

Monday, May 16, 2011

HAPPY BIRTHDAY AJAM

ASSALAMUALAIKUM, apa khabaq semua. lama no kita tak bertemu dalam beloq ciput saya ni.. dah berkarat dah belog saya ni. besa la saya tak hebat macam kawan-kawan saya yang lain tu.


ha biaq pi kat depa yang hebat berbelog tu la ni saya nak tunjuk gambaq sambutan birthday ajae yang kami sambut 15 haribulan hari tu. 
best woo, ni gambaq dia.


ni la mangsa kami nama dia Mohd Syafiq Fauzan!!!


tulisan khas dihasilkan daripda warna banco


sama ja ayat gambaq di atas..hehehe


bahan-bahan yang sedia di siram kat ajae


siraman yang menyeramkan.. busuk wooo



tu ja gambaq yang boleh saya tunjuk, kalau lebih lagi nanti ajae marah saya.. tapi apa pun selamat hari lahir ajam semoga panjang umoq dan dapat awek cun...hehehe. saya pi dulu noo.


ASSALAMUALAIKUM