Tuesday, February 22, 2011

10 gangguan syaitan semasa solat




1. WAS-WAS SEMASA MELAKUKAN TAKBIRATUL IHRAM
Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah.
Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk.
Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat”.

2. TIDAK KHUSYUK SEMASA MEMBACA BACAAN DALAM SOLAT
Sahabat Rasulullah SAW Iaitu ‘Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,”Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah”.
Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)

3. LUPA JUMLAH RAKAAT YANG TELAH DIKERJAKAN
Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Jika salah seorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah lakukan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)
4. HADIRNYA FIKIRAN YANG MENGGANGU
Abu Hurairah r.a berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muazin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamah dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamah, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat”. (HR Bukhari)
5. TERGESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SHOLAT
Ibnul Qayyim berkata, “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gegabah, yang menghalangi seseorang untuk hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.”
Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal boleh. Asal boleh mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau tukmaninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karena solat yang telah ia kerjakan belum sah.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur’an yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk, lalu bangkitlah dari rukuk sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu”. (HR Bukhari dan Muslim)
6. MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, maka Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat: “Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan tersebut berasal dari syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah SAW”. Orang tersebut bertanya, “Apa yang dilakukannya?” Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW”, kata Ibnu Umar. (HR Tirmidzi)
7. MELIHAT KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT
Dengan sedar atau tidak, orang tersebut melihat ke kiri atau ke kanan, itulah akibat godaan syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik. Yaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum melihat ketika solat”. Rasulullah SAW menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba”. (HR Bukhari)
8. MENGUAP DAN MENGANTUK
Rasulullah SAW bersabda, “Menguap ketika solat itu dari syaitan. Oleh itu bila kalian ingin menguap maka tahanlah seboleh mungkin”. (HR Thabrani).
9. BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT
Syaitan ingin menganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan” (Riwayat Thabrani). Ibnu Hajar mengulas kenyataan Ibnu Mas’ud, “Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu tidak lain karena syaitan memang ingin menggangu solat seseorang dengan berbagai cara”.
10. TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR
Rasulullah SAW bersabda, “Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya”. (HR Muslim)
Berbahagialah orang-orang muslim yang selama ini terbebas dari berbagai macam gangguan syaitan dalam solat. Semoga kita semua dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut…..Aminnn

Monday, February 21, 2011

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN SALAM

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamualaikum.. apa habaq kawan2 semua.. semua sihat ka.. sihat kan.. tapi saya tak bapa sihat saya sakit mulut.. pedih wo... ha kali ni saya nak tulis pasai penggunaan perkataan salam ni.. dlu saya selalu jgk guna perkataan ni.. saya ingat dia betul dari perkataan akum tu.. tp sebenaqnya dia sama ja.. mai saya nak terangkan dengan lebih jelas lagi no...
 

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata


“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong sebaq kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

ha dah pahamkan.. ni saya ambik kat fb kawan saya.. saya nak kata betoi x betoi tu saya x bapa pasti la.. tapi yang pastinya lebih baik kita gunakanlah perkataan yang lengkap.. kan mudah.. x la tersilap nanti.. ok itu saja yang nak saya cita kali ni.. SELAMAT BERAMAL.. ASSALAMUALAIKUM..


Monday, February 14, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 2011

SALAM. Apa habaq semua..sihat ka.. Alhamdulillah sihat.. ha ari ni adalah hari kelahiran Nabi Junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. dh berselawat ke belum kita pada Kekasih ALLAH. Bagi sapa2 yang x selawat lagi tu selawat ya.. banyak ganjarannya.

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

selawat tau jangan tak selawat. oleh hal demikian. saya nak cerita sikit la pasai Kisah yang pernah berlaku pada Kekasih ALLAH ini. iaitu kelebihan Nabi Muhammad.

Kelebihan Nabi Muhammad.

Dari Jabir katanya : Berkata Rasulullah yang ertinya :

Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorang pun daripada para nabi sebelum ku diberikan :

1. Aku ditolong dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
2. Diuntukkan bagiku bumi ini ,dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci .Maka sebarang umatku yang telah dating kepadanya waktu sembahyang,hendaklan tambpil sembahyang.
3. Dihalalkan harta rampasan perang bagikubdan tidak halal bagi seorang pun sebelum ku.
4. Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
5. Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja,tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.

RASUL-RASUL PENJAGA LANGIT

Lapisan 1 : Nabi Adam
Lapisan 2 : Nabi isa dan Yahya
Lapisan 3 : Nabi Yusuf
Lapisan 4 : Nabi Idris
Lapisan 5 : Nabi Harun
Lapisan 6 : Nabi Musa
Lapisan 7 : Nabi Ibrahim.


WASIAT NABI MUHAMMAD SAW kepada SAYIDINA ALI RA

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
>1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
>2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
>3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
>1) Jujur dalam berkata-kata.
>2) Menjauhi segala yg haram.
>3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
>1) Merahasiakan ibadahnya.
>2) Merahasiakan sedekahnya.
>3) Merahasiakan ujian yg menimpanya.

>Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
>1) Takut berlaku dusta dan keji.
>2) Menjauhi kejahatan.
>3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
>
>Wahai Ali, bagi

itu ada 3 tanda2 AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya:
>1) Mengawasi dirinya.
>2) Menghisab dirinya.
>3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

habatkan Rasul kita. tapi awat kita la ni tak mau berselawat pada Rasul kita sendiri.. sedangkan sebelum Rasul wafat dia menyebut perkataan ummati,ummati, ummati iaitu umatku. Rasul masih lagi ingatkan kita semua di dunia ni sebelum Beliau wafat apa lah kita ni kan nak perlu ingat Beliau seorang ja. wahai rakan2 ku rebutlah peluang sebelum hilang peluang itu. sekian  ASSALAMUALAIKUM....





Tala’ul Badru ‘Alayna,

Min thaniyatil wada

Wajabal shukru alayna,

Ma da’ali lahi da

Ayuhal mab’uthu fina,

ji’ta bil amri muta,

Ji’ta sharaftal madinah,

Marhaban ya khayra da


Sallalahu Ala Muhammad!

Sallalahu Alaihi Wassallam!

Sallalahu Ala Muhammad!

Sallalahu Alaihi Wassallam!

Ya Nabi Salam Alaika!

Ya Rasul Salam Alaika!

Ya Habib! Salam Alaika!

Salawatullah Alaika!

Sunday, February 13, 2011

Seronoknya Saya Di KLCC

Salam.. ha.. nak tau dak sebab apa saya seronok...saya seronok sebab saya pi jalan2 dengan teman sehidup semati saya dekat KLCC.. best wooo.. saya masuk PETROSAINS.. Dah la bertuah beli satu tiket dapat satu tiket percuma.. tp kena ada kad Rakan Muda la, hehehe.Rm 12 ja. saya dah teringin lama dah nak p sana. Alhamdullillah saya dapat p jugak kat sana.. dah la p dengan teman sehidup semati saya tu lagi3 la best.. kat sana ada banyak jugak la benda baru2.. saya jalan sampai 3 jam dalam tu.. tp x puas lagi. boleh nek helikopter, boleh nek gelonsor, boleh main game keta yang pusing2.. sampai pening kepala teman sehidup semati saya tu..heehee.. macam2 la ada kat situ.. nak tau lebih g hampa p la.. bawak la kad rakan muda dapat free 1 tiket.. :-) lepas keluaq PETROSAINS saya p tangkap gambaq kat taman KLCC pulak.. best tau tapi panas sikit la. kat situ apa lagi tangkap gambaq la.. ada la pelancong India tu nak tangkap gambaq dengan isteri dia kot.. saya pun menolong la depa.. sebenaqnya kami pun nak depa tangkap gambaq kat kami jugak..hahahaha.. depa pun tanya nak tolong tangkap tak.. kami apa g nak saja ja la.... best tau jalan2 aritu.. dah tangkap gambaq banyak..:-) saya suka sangat2. teman sehidup semati saya tu lagi2 la seronok.. ok sampai sini la cita saya.. mesti x best kan.. dah tau dah... best x best ka hampa baca jugak..hehehe itu saja..


ha ni gambaq pelancong India.. kecian saya kat depa nak tangkap gambaq dinosaur. saya pun tangkap la kat depa sat. saya dah la x pandai cakap BI saya hemtam ja la..hahaha

ni gambaq saya kat tempat glow in the dark.. tengok la muka saya mau boleh.. besa la muka cam cucoq hangit mana nak nampak.. tapi best tau kat tempat ni. lau pakai baju putih cam saya lagi cantik tengok.. 

ni gambaq masa kat taman KLCC. Maaf tak dan nak edit bagi lawa besa la kamera phone murah ja.masa ni panas terik tu gambaq tak bapa elok sikit...

bagi sapa nak tengok gambaq saya dengan teman sehidup semati saya kena la mai mintak kat saya.. nak buh kat sini bahaya sikit.. besa la mulut orang..hehehe
ASSALAMUALAIKUM




Tuesday, February 8, 2011

Lelaki Handsome VS Lelaki tak Handsome

SALAM semua..(ala mcm ramai ja followers aku baru ja 2 orang). saya tertarik dgn artikel ni. jadi saya pun bandingkan saya dengan rakan sebilik saya.. kawan saya ni lelaki handsome dan saya pulak lelaki tak handsome..jadi kita tengok apa hasilnya: hahahaha

kalau lelaki handsome itu pendiam, perempuan akan cakap: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam, perempuan akan cakap: eh, perasan bagus...
 kalau lelaki handsome berbuat jahat, perempuan akan kata: nobody's perfect.
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat, perempuan akan cakap: memang...muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yang diganggu, perempuan akan cakap: wah..machonya..macam hero filem!

kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu, perempuan akan kata: entah-entah kawan dia..

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik, perempuan akan kata: sepadan sangat...

kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik, perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tu!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih,perempuan akan kata: jangan sedih,kan saya ada.

kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih, perempuan akan kata...(terdiam,tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya).

Kalau lelaki handsome penyayang binatang, perempuan akan cakap: perasaannya halus... penuh kasih sayang.
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang, perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi..

Kalau lelaki handsome bawa BMW, perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam.
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW, perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?..

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar,perempuan akn cakap: pasti takut kalau-kalu gambarnya tersebar.
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar, perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?..

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan, perempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen.
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan, perempuan akan akn cakap: naluri pembantu, memang begitu...

Kalau lelaki handsome bersedih hati,perempuan akan kata: kuat nangis! Lelaki ke bukan ni?..hahaha

ABEH DAH..

betoi jugak no artikel ni...begini la perasaan saya.. muka dah la tak handsome.. sapa tengok pun tak mau aih.. tak macam  kawan saya tu.. selalu ja ada perempuan call la, chat la, YM la.. sapa la saya kan.. emmmm.. tapi nasib baik ada gak orang suka kat saya.. tapi tak boleh habaq rasia..


ni la kawan saya handsome kan..macam model ja.. saya jeles kat dia dah la dia tinggi dari saya... 


ni la gambaq saya. nampak buruk kan. tu sapa nampak pun menyampah.. dah la ada budak kelas saya kata saya hitam.. sedih tau dengaq.. sebak cheq rasa tau..sebab tu saya gelaq diri saya CUCOQ HANGIT..hehehe. tp apa pun saya tetap bangga dengan diri saya.. Allah dah cipta kita dengan sebaik-baik kejadian. saya terima juga dengan sebaik-baiknya.. 


bagi lelaki yang tak bapa handsome macam saya ni jangan dok putus asa tau.. kita adalah lelaki yang terpilih sebenaqnya.. hahahahaha. ASSALAMUALAIKUM..

Monday, February 7, 2011

Saya masih baru

Salam.. apa habaq ampa semua..hehehe.. Nama saya zul, saya orang Pergleh(Perlis) sana. saya dok dekat Kilang Gula Perlis.. syok ooo dok sana..hahaha.. saya masih baru lagi dalam blog2 ni.. nanti ampa ajaq saya na.. boleh kan.. tak boleh pun bagi boleh jugak la.. saya sebenaqnya terjeles tengok blog Dear Afiq dengan Al Kisah Seluar Terbang.. saya pun nak buat jugak.. mana aci depa ja buat.. saya rasa takat ni ja dlu kot.. saya tak reti dah ni.. ajaq na jangan tak ajaq,, ASSALAMUALAIKUM.. 



Ha nak tau muka saya cari la yang comei-comei tu.. ala muka cam cucuq hangit la.. senang ja nak cari...