Wednesday, June 27, 2012

Apa tu Google Drive ?



ASSALAMUALAIKUM.. Haa tu dia aih berhabuk dah blog aku.. ni nak cita pasai google drive. pagi tadi masa kat kelas aku guna benda alah ni. baguih jugak benda ni. k saya cita na.


Apa tu Google Drive?

Ok, Google Drive ni adalah ruang hard disk percuma untuk kita. Hard disk ni letaknya di Internet. Macam hard disk kita kat dalam komputer yang boleh kita save macam-macam fail, sama ja yang kita  gunakan Google Drive ni. Simpanlah apa fail sekalipun dari gambar photo, dokumen word excel, pdf, zip dan apa-apalah.

Yang baguihnya, bila kita dah simpan fail kat Google Drive, kita boleh capai fail tu dari mana-mana asalkan ada talian internet.

Yang tambah-tambah baguih lagi, kita boleh juga edit fail kita tadi secara terus melalui online. Contohnya, kalau kita nak edit dokumen Ms Word, tapi komputer yang kita sedang guna tak ada pulak Ms Word, tapi kita boleh buka melalui Google Drive.

Fail-fail yang di simpan di sini juga boleh di kongsi atau tidak dengan sapa yang kita kehendaki macam kita kongsi video dalam youtube lepas tu terima komen-komen dari kawan-kawan kita la.

Lagi satu, Google Drive ni juga boleh juga digunakan sebagai tempat untuk backup fail-fail penting, tapi yang tak terlalu peribadi kot.

Kalau dulu kita selalu simpan fail kat dalam pendrive untuk dibawa ke mana-mana, sekarang kita cuma perlu save dalam Google Drive sahaja.

Betulka Google Drive ni percuma? Ruang simpan yang diberikan percuma ialah 5GB. Kalau nak lebih besar lagi kena langganlah. Bagi Saya 5GB tu dah cukup besar. Saya cuma simpan dokumen ja.

Kalau nak try, teruskan ke drive.google.com/start



1 comment: