Monday, February 14, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 2011

SALAM. Apa habaq semua..sihat ka.. Alhamdulillah sihat.. ha ari ni adalah hari kelahiran Nabi Junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. dh berselawat ke belum kita pada Kekasih ALLAH. Bagi sapa2 yang x selawat lagi tu selawat ya.. banyak ganjarannya.

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

selawat tau jangan tak selawat. oleh hal demikian. saya nak cerita sikit la pasai Kisah yang pernah berlaku pada Kekasih ALLAH ini. iaitu kelebihan Nabi Muhammad.

Kelebihan Nabi Muhammad.

Dari Jabir katanya : Berkata Rasulullah yang ertinya :

Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorang pun daripada para nabi sebelum ku diberikan :

1. Aku ditolong dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
2. Diuntukkan bagiku bumi ini ,dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci .Maka sebarang umatku yang telah dating kepadanya waktu sembahyang,hendaklan tambpil sembahyang.
3. Dihalalkan harta rampasan perang bagikubdan tidak halal bagi seorang pun sebelum ku.
4. Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
5. Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja,tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.

RASUL-RASUL PENJAGA LANGIT

Lapisan 1 : Nabi Adam
Lapisan 2 : Nabi isa dan Yahya
Lapisan 3 : Nabi Yusuf
Lapisan 4 : Nabi Idris
Lapisan 5 : Nabi Harun
Lapisan 6 : Nabi Musa
Lapisan 7 : Nabi Ibrahim.


WASIAT NABI MUHAMMAD SAW kepada SAYIDINA ALI RA

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
>1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
>2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
>3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
>1) Jujur dalam berkata-kata.
>2) Menjauhi segala yg haram.
>3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
>1) Merahasiakan ibadahnya.
>2) Merahasiakan sedekahnya.
>3) Merahasiakan ujian yg menimpanya.

>Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
>1) Takut berlaku dusta dan keji.
>2) Menjauhi kejahatan.
>3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
>
>Wahai Ali, bagi

itu ada 3 tanda2 AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya:
>1) Mengawasi dirinya.
>2) Menghisab dirinya.
>3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

habatkan Rasul kita. tapi awat kita la ni tak mau berselawat pada Rasul kita sendiri.. sedangkan sebelum Rasul wafat dia menyebut perkataan ummati,ummati, ummati iaitu umatku. Rasul masih lagi ingatkan kita semua di dunia ni sebelum Beliau wafat apa lah kita ni kan nak perlu ingat Beliau seorang ja. wahai rakan2 ku rebutlah peluang sebelum hilang peluang itu. sekian  ASSALAMUALAIKUM....





Tala’ul Badru ‘Alayna,

Min thaniyatil wada

Wajabal shukru alayna,

Ma da’ali lahi da

Ayuhal mab’uthu fina,

ji’ta bil amri muta,

Ji’ta sharaftal madinah,

Marhaban ya khayra da


Sallalahu Ala Muhammad!

Sallalahu Alaihi Wassallam!

Sallalahu Ala Muhammad!

Sallalahu Alaihi Wassallam!

Ya Nabi Salam Alaika!

Ya Rasul Salam Alaika!

Ya Habib! Salam Alaika!

Salawatullah Alaika!

No comments:

Post a Comment