Friday, March 18, 2011

Supermoon, Perigee, Bulan Penuh, banyaknya orang dok cita pasai ni?




ASSALAMUALAIKUM.. apa habaq semua. bertemu kita lagi dalam rancangan mengumpat orang..hahaha saya melawak ja. ni ada cita yang menarik nak cita(menarik kot ?). la orang ramai sibuk dok cita pasai Supermoon ni.. blog Pictured Life Of Me (=    pun ada cita jugak. tengok la blog dia..(nanti bagi upah na :-) ).


Ok kawan2. dah semua nak tau sangat saya terang la sikit. saya pun try la cari bahan nak bagi tau ampa semua.. kelau silap maaf na.  malam ni (19 Mac 2011) akan berlaku Supermoon ni. Nak tau apa ceritanya?


che cite, che cite.. hahaha ayat antu kak limah..


 citanya begini,,,,,,,


pada suatu hari,burung2 pun berkicauan haritu. ada yang bergembira ada yang mengkaji bulan.. tiba2 keluaq la cita Supermoon ni.


Bulan malam ni akan berada pada kedudukan paling hampir dengan orbit, depa panggil  perigee. Di dalam setiap satu kitaran atau pusingan bulan mengelilingi Bumi, sebab orbit bulan bukan berbentuk bulat, tetapi elips, macam bujuq tu. oleh hal demikian akan ada ketikanya ia berada hampir dengan bumi (perigee) dan ada ketika ia berada jauh dari bumi (apogee). Jaraknya dengan bumi di sepanjang laluan orbitnya tidak sama.





agak2 hampa la no.. bapa jauh bulan dengan bumi malam ni?


kalau hampa nak tau malam ni, bulan akan berada pada jarak 357,000 km berbanding jarak purata dia 384 403 kilometer pada waktu waktu biasa.


jadi apa supermoon tu?


Supermoon adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi (perigee). Istilah ini tidak diterima secara meluas, terutama dalam komuniti saintifik.
Istilah supermoon ni tiba-tiba jadi popular sejak dua menjak ni. Ia sebenaqnya asal dari seorang ahli astrologi (ahli nujum pak belalang) Richard Nolle, yang meramalkan akan berlaku bencana pada 19 Mac ini sebab Bulan berada pada kedudukan amat hampir dengan bumi.

tapi dia ramal ja. kita nak percaya tu tak bapa nak boleh la.. kan, kan , kan..?

abis tu apa jadi kat bulan malam ni?


akan terjadinya bulan penuh malam ni. bulan masa tu akan kelihatan 15% lebih besaq daripada biasa. Dan bersinaq 30% lebih terang dari biasa. (betoi kot). OK la. Kalau hampa tak percaya,hamba  cuba ambik gambaq bulan  malam ni, guna lens 200-500mm.(kalau mampu la. apek kelas KS buleh kot) Kemudian sebulan pas tu, pada bulan penuh akan datang, ambik lagi sekali gambaq bulan penuh masa tu, dan buat perbandingan. saya  bukan cakap kosong, tetapi eksperimen yang amat mudah dan boleh dibuat oleh 
sesiapa pun. che try...saya tengok inernet ja.hehehe.
nak tengok orang dah tangkap gambaq macam tu ni ada web dia http://www.falak-online.net/komuniti/index.php/topic,907.0.html

bila jadi benda ni apa kesan kat bumi kita ni?

besanya  kita selalu mengalaminya setiap hari, iaitu pasang surut air laut. Cuma dalam kes-kes tertentu seperti ketika bulan dalam kedudukan perigee ni, air pasangnya lebih tinggi daripada besa (tapi tak  sampai la tahap bencana). tapi ada orang kata benda ni  diramalkan akan mengundang bermacam macam malapetakan dan bencana dibumi .Tetapi hanya Allah yang mnentukan segala galanya. Kita doakan semoga segalanya berjalan seperti biasa dan tak dak bencana meragut nyawa yang berlaku. Nauzubillah...

ha sampai sini ja kot.. nak cita lagi saya pun tak bapa nak paham dah ni.. sat orang kata ada bencana la sat kata tak ada apa2 la.. yang penting kita kena yakin setiap apa yang berlaku ni mesti ada hikmah yang Allah tentukan pada kita manusia kat bumi ni. k itu saja.. 

ASSALAMUALAIKUM..


No comments:

Post a Comment